Sunday, July 23, 2017

Aktiviti merenggangkan perut muncit masa raya


Alhamdulillah..
Penghujung Syawal..
Nikmat rezeki makan yang tak putus-putus dari Open House..
Walaupun dah makan serba sikit, tapi kalau dah sampai 4-5 buah rumah open house, terik juga perutnya ni kan..haha..


Maka-nya hari jumaat lepas, lepas je balik dari Open House Best FM kat R&R Bistro dalam jam 6 petang, singgah hutan bandar kejap jalan2 lepas angin Daim yang makin lasak dan sibuk nak berjalan, sambil2 ibu, ayah dan kakak2 boleh buat aktiviti merenggangkan perut yang makin muncit tu..haha..


Eh! Tapi ayah damia cakap jalannya 10 minit, bergambar tu yang berpuluh2 minit....
Haha...aktiviti juga ni bang oiii...ingat senang nak pose gitu pose gini ngan anak2 yang makin susah nak bergambar ni....


Ok last!
Ketawa itu kebahagiaan, ketawa itu baik untuk kesihatan.
Jom dorong diri kita untuk ketawa dan sentiasa bahagia.
Aaamin..


:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Saturday, July 22, 2017

Suami marah tarik panjang-panjang


Boleh tarik panjang lagi #cheesystick tu, tapi malu haih bila suami tegur "macam budak-budak"..

Alaaa...

"Saya tarik tunjuk kat Daim lah abang".. Haha cover line..


Time panas-panas, hati2 makan. Tapi kalau time dah sejuk, cheesenya kenyal2 lah pula.. Pandai2lah agak2 nak makan time panas atau time sejuk.. Haha..


Luncheon minggu lepas kat SDS Bakery & Cafe..

Thursday, July 20, 2017

Dapatkan CocoDamia di KLIA2





Alhamdulillah, lepas ni dah boleh dapatkan praline chocolate, chocotart dan energy bar di Agrobazaar KLIA2, level 3. 

Yang nak jadi ejen pun dialu-alukan.
Call/whatsapp je 010-6468383.
Kita berbagi2 rezeki ya. Isyallah..



#cocodamia #oleolecocodamia #gojbchocolate #klia2 #syukurselalu



Wednesday, July 19, 2017

Wordless Wednesday || Sejarah penglibatan dalam perniagaan

Tepek kat sini..
Jadi kenangan..
Atau rujukan untuk masa depan..






Yang paling best, ada komen2 yang melibatkan saya tu.. Haha



Masih jauh lagi perjalanan kami. Tapi sekurang-kurangnya pengalaman pahit manis yang dikecapi dah 1 dekad. Moga perkongsian2 ilmu dan pengalaman membawa jariah. Aaamin..







Tuesday, July 18, 2017

CocoDamia @ United States of America


Good luck to our National Team (Malaysia Team) that will compete with 160+ other nations in the @firstglobal.malaysia Robotics. Competition that is going to be held at Constitutiom Hall, Washington D.C, United States of America on July 14th to July 18th.

And TQVM CocoDamia for sponsoring Krukk Krakk Energy Bar for all the members of team Malaysia! 

#cocodamia #oleolecocodamia #gojbchocolate #krukkkrakk #energybar






Monday, July 17, 2017

EduTour at GO-JB Chocolate

Lawatan sambil belajar dan Do it yourself (DIY) Chocolate di kilang Coklat?

Wahhhh aktiviti yang menarik ni!











More info & pictures @ Fanpages: Ole Ole CocoDamia




Boleh booking slot melalui email ke cocodamia@yahoo.com

Maklumat yang perlu ada:
Nama Tadika, Tarikh Cadangan & Hari, Bilangan peserta, Bilangan Guru Pengiring (termasuk photographer/driver/lain-lain) dan masa (pagi/tengahari).

Peserta akan dapat:
Welcome drinks, apron + key (dengan nama peserta). tayangan slide berkenaan ilmu koko dan coklat, live tengok chefs buat coklat, dan yang paling best peserta akan DIY 4 resepi coklat kegemaran kanak-kanak.

Dan paling-paling best lagi, wahhhhh semua coklat yang dibuat akan dibawa balik. Dapat cenderahati dari GO-JB CHOCOLATE lagi..

Bayaran minima dikenakan. Masa Edutour selama 2-3 jam (bergantung pada bilangan peserta.

Jangan lupa share & tag ya kepada mereka yang berminat.

Muahhhh adik-adik comel semua!

* Kelas persendirian membuat coklat untuk individu dan group kecil juga diau-alukan. Emailkan kepada cocodamia@yahoo.com

#cocodamia #oleolecocodamia #GOJBCHOCOLATE #EDUTOUR #lawatansambilbelajar #chocolate




Sunday, July 16, 2017

Kemeriahan Marhaban 2017



Jumaat
14 Julai 2017 
20 Syawal 

Menyantuni kariah surau dan kejiranan untuk marhaban ke rumah kami. Maaf yang tak muat tu, sampai ke carporch terpaksa berdiri. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga. Semoga kalian semua juga dipermudahkan segala urusan.


Lepas marhaban dan doa, tetamu dijemput  menjamah manisan coklat dan chocotart yang disediakan. Suka tengok kalian makan. Sungguh2..


Merdu melodi marhaban kali ni. Lain ya melodi kalini dengan tahun2 lepas.


Sebelum group marhaban sampai, anak2  murid dan anak2 kejiranan datang beraya dulu..


Inilah kemeriahan marhaban sebenar.. Pembahagian duit raya untuk anak2... Seronok tengok masing2 beratur tunggu Ayyunie bagi duit raya ya. 60 sampul raya berbaki 6 je. 
#syukurselalu 


Berebut2 pun ada..


Besar kecik semua dapat duit raya asalkan masih bersekolah..


Menu of the day.. Ole ole Marhaban... Buffet Chocolate & Chocotart.. Semestinya dari CocoDamia..


Sandwiches untuk jamuan Marhaban.


Sementara tunggu group marhaban sampai.. Apa lagi.. Posing dulu..:-)

Alhamdulillah.. Moga ketemu Marhaban tahun depan..

P/s: Orang kata kat Johor ni raya 30 hari. Tiap2 malam ada marhaban. Makanya baju raya kena ada 30 pasang lah ya. Eh! 






Thursday, July 13, 2017

Resepi gulai dalca daging


Gulai dalca untuk sarapan pagini. Dimakan bersama ayam goreng madu, telur dadar dan air lada. Eh ni sarapan ke lunch? Haha.. Cara-caranya:

1. Tumis bawang besar+ bawang putih+ halia yang dikisar halus.

2. Masukkan bahan penumis 3 sekawan sehingga naik bau, kemudian masukkan rempah dalca (ni special), biarkan ia sebati dan pastikan pecah minyak.

3. Masukkan daging lembu (yang telah direbus dan dipotong kiub) beserta dengan air rebusannya.

4. Kemudian baru masukkan santan, asam keping, kerek nise (gula melaka) dan perasakan dengan garam dan aji (ikut suka). 5. Setelah mendidih masukkan sayur yang telah dipotong. Saya masukkan terung telur puyuh je senang sebab tak senang lembik.

6. Siap dihidangkan bersama nasi putih dan lauk lain serta air lada.

#gulaidalca


Wednesday, July 12, 2017

Shopping emas raya katanya..

Ok, sebelum cerita pasal emas, kita cerita pasal shopping di Pasar Siti khadijah dulu..


Hari terakhir di Bumi Kelate.. Syawal ke 4.. Shopping bekalan rumah bawa balik JB di Pasar Siti Khadijah.. Berdua lebih baik gitu..:-)


Semestinya rempah ratus adalah bekalan utama yang kena beli bawa balik JB.. Antara yang dibeli rempah kerutuk, dalca,  ayam goreng berempah dan gulai darat..


Selain tu aneka keropok, rojak makbee, dan bahan2 masakan yang lain pun tak ketinggalan untuk dibeli..


Hah! Beras nasi dagang dan beras wangi jangan dilupa. Perkara penting tu. Senang ada bekalan siap2 kat rumah. Nak masak je terus ambil.


Kenapa murah sangat makcik..
Terkejut setompok lada besar hijau tu RM1 sahaja, bunga kantan 6 batang baru RM5, lengkuas halia setengah kilo RM3... Kita borong lah cam tu bawa balik JB..

Dan sampai sekarang pun tak habis2 guna lagi semua barang2 yang beli dengan makcik tu.. Dah 2 minggu, nasih cantik lagi bahan2nya..


Dan semestinya barang2 kemas kat Kelate juga menjadi agenda utama untuk dibeli. Apakan nafsu, sehari sebelum 1 syawal haritu dah beli barang kemas juga. Ni 4 syawal pun beli emas lagi. Tak tahan godaan harga murah dan design menarik weiii. Yang paling best sekali sebab tak ada upah tak ada GST. Tanpa fikir panjang terus beli seutas gelang tangan lagi yang harganya RM167 sahaja pergram. Kedai betul2 depan Pasar Siti Khadijah. Fuhh mana nak cari kat JB. Bulan puasa haritu survey kat JB pun paling murah RM183 pergram.


Ni pattern modern yang saya beli sehari sebelum 1 syawal haritu. Kat Kota Bharu juga. Tapi ni area kedai2 moden dah. Niat hati nak trade in cincin lama sebab ada patah kat bahagian pattern tu. Tapi sayangnya sebab beli kat JB mahal, nak trade in kat KB murah. So decided beli baru je lah. Siap set dengan gelang terus. Oklah aset kan. Tapi kedai ni walaupun harga RM163 pergram, tapi ada Upah (agak mahal) dan ada GST. Lepas kawtim kawtim, alhamdulillah. Dapatlah harga within budget. Cincin dan gelang tu nampak simple tapi emas padu tu.

Dan yang paling best dan selamat, sekarang beli emas, transfer online je kar kedai tu juga. Senang dan selamat tak payah pegang duit banyak2 kan. 

Dalam tempoh 5 hari 2 kali beli barang kemas. Tapi tak menyesal pun sebab emas ni kan kebal inflasi. 

Ok sekian cerita emas saya!