Monday, April 6, 2015

Resepi Teh Tarik Madu Ais


Dah ada homemade keropok lekor, kena ada homemade teh tarik madu ais pula.
Baru ngam kan!

Ni versi Teh Tarik Madu ais sopan santun ya.
Sopanlah.....sebab buih-buih tak limpah keluar gelas..hihi

Senang sangat nak buat menu ni.
Cuma lain orang lain caranya buat teh tarik ni.
Ada yang letak gula, ada yang letak secubit garam, ada yang tak letak susu cair dan macam2 lagi.
Yang letak halia dalam teh tarik pun ada tau.

Ok lah, jom saya kongsi cara saya buat teh tarik madu ais ni. 
Anggaran untuk 2 gelas besar ya.

*3 sudu besar serbuk teh wangi.
Saya tak galakkan guna yang uncang sebab kurang umphhh.

* 3 sudu besar susu pekat manis

*2 sudu besar susu cair

* 1 sudu besar madu asli

Cara membuatnya:

* Rendam serbuk teh tadi dengan air panas yang betul-betul mendidih selama 10 minit.

*Tapiskan serbuk teh tadi.

* Masukkan susu pekat, susu cair dan madu tadi.

* Kacau2 hingga sebati.

* Tuang dalam kole. Dan tarik panjang mana nak tarik. Lama mana nak tarik.
Ikut kreativiti dan tahap kerajinan masing2.

* Lepas tu tuangkan dalam gelas. Kemudian baru masukkan ketulan ais. 

* Dan akhir sekali, sluppppppp minummmm...

Selamat mencuba semua!



No comments: