Thursday, October 6, 2016

Anniversary & Aidiladha Getaway @ Pulai Spring Resort

 

Getaway paling ad-hoc ni!

3 minit buat keputusan..
4 minit booking online..
10 minit masukkan baju2 dalam beg..
5 minit sediakan barang2 Daim dalam beg..
3 minit tapau makanan raya kat dapur..
5 minit dah sampai hotel..

Yeayyy.. Tepat jam 5:20 pm dah check-in..

Ok lain kali kita buat lagi keputusan terburu2 macam ni ya bang..best juga kan! Kadang2 yang tak plan cam ni baru jadi. Yang plan berbulan2 ada aje tak jadinya.. Hihi..

Bak kata pepatah:
" Not everything in life needs a plan. Sometimes you just need to go and enjoy  every single moment"

So boleh consider sebagai #anniversarygetaway2016 dan #aidiladhagetaway lah ni...


Tunggu ayah damia settled check-in kat lobby. Ramai juga org tunggu check-in masa ni. Rezeki kami sampai je terus dapat check-in.


Kami pilih bilik one bedroom suites utk keselesaan kami sekeluarga. Boleh tahan luas juga biliknya. Tu budak2 dari rumah dah siap2 pakai swimming suites. Pastu sarung t-shirt dan skirt je buat cover. Tak sabo2 nak main pool hah!


Carrier carseat ni mana2 gambar pun selalu enterframe.. Hihi


Bilik air yang luas juga. Boleh masuk melalui bilik tidur atau dari tempat dining juga.


Kitchenette yang simple utk kami sekeluarga. Dah tapau makanan raya kan, so memang makan dalam bilik je. 


Ruang tgk TV yang selesa utk anak2. Saya tgk TV dari katil pun boleh.


See, carrier carseat tu juga masuk frame.. Haha.. Tapi sejuk giler lantai kat living hall ni.. Sebab jubin kan.. Memang boleh sengal sendi2 kalau tak pakai stokin. Mujur diaorg ada sediakan selipar bilik yang nipis tu. Bolehlah cover sejuk tapak kaki seketika.


Yeayy masa utk mandi pool..
Bilik kami betul2 depan garden view.
Minta pool view penuh pula. Perggg time Raya Haji pun penuh eh hotel..beraya kat hotel ke apa kekdahnya ni? Eh cakap orang.. Hihi


Ni pool dalam hotel. Kat tingkat 2. Mula2 sampai terkejut boleh tahan ramai gak guest.


Hah Daim dah tunjuk taring. Suka betul dia kayuh2 kaki dalam pool tu. Sampai ke tengah dia kayuh2..


My chubby boy! Pantang nampak air banyak cam ni.. Mengeletis dia nak turun. Good boy! Boy kena berani kan!


Malamnya pula ayah damia ada jemputan tahlil kat rumah jiran. Nasib 5 minit je dari hotel.. Hihi.. Siap ayah damia perli "ada nak ambil apa2 kat rumah"... Kah kah..


Pagi esoknya.. Kul 5:30 pagi Daim dah kejutkan kitaorg semua ajak main..nangis tak, tapi nak kita temankan dia main.. Hero sungguh!


Sarapan pagi.. Banyak jugalah pilihan..


Daim ni bagus. Setiap kali kita makan kat hotel atau restoran. Dia mesti tidur. Kalau tak tidur pun dia main sorang2 dia lah. Senang sangat kami nak makan. Terima kasih Allah..


Pagi tu breakfast pun full house. 


Section yang saya paling suka ni kalau makan buffet.. 


Lepas sarapan, naik bilik tukar baju swimming. Anak2 je lah. Tapi Daim saya tak bagi main pool sebab takut sunburn nanti. Sebab lusanya tu kan dia nak jadi pengantin Akikahnya. Hihi..


Kalini main kat swimming pool resort pula. Kat club house. Kena lintas jalan dari hotel. Swimming pool sini lebih besar.


Cantik landskap kat sini. Hujung dari sini ada villa resort ni. Anugraha Resort kalau tak silap namanya..


Fuhhh banyaknya ikan Daim tengok.. 


Both Damias dah aim nak kesini dari semalam lagi..


Saya pun ingat nak bawa Daim explore kat dalam ni. Tapi tu lah.. Excited sangat main poolnya. Sampai dah lewat nak check out. Lagipun petang tu ayah damia ada kelas. Johor kan cuti sehari je kalau Raya Haji..


Kat pool ni ada Jacuzzi...


Ada slide juga..


Ada pool utk dewasa yang lebih dalam..


Kat bawah gazebo tu ada baby pool.. Kids pool pun ada.. Memang luas pool yang kat sini. Suasana pun tenteram je..


Dapat free wifi.. Tapi rasanya guna 3G lagi laju kot.. Hihi..


Pandangan dari balkoni bilik kami. Kena lintas zebra tu lah kalau nak ke swimming pool resort tu.

So far puas hati kat sini. Aman damai gitu.. Kiri kanan nampak hijau je..rasanya pasni kalau boring2 anak2 nak main pool, check in kat sini pun boleh.. Hihi..

Terima kasih Allah..






























No comments: