Wednesday, August 30, 2017

Shopping kerepek dan makan durian di Lenggong


Misi jalan2 cari makan cuti cuti Malaysia.

Lepas chek out dari Kampung Air, Bukit Merah Laketown Resort, singgah shopping aneka kerepek di Lenggong, Perak (ramai org jual tepi jalan sempena musim perayaan) dan eh tetiba terjumpa pula gerai durian ni.

Durian kampung original 1 kilo RM18, cendol durian RM7, pulut durian RM7 dan ada beberapa menu durian lagi. Berbaloi2 harga dan rasa.. 


Sporting makcik yang jual kerepek ni pabila diajak bergambar..


Memang sedang mencari org jual durian tepi jalan pun. Sekali nampak ramainya org kat gerai ni, terus pusing balik singgah sini sebab dah terlajak sikit tadi sebab tak perasan..


Gigih makcik ni buka durian depan kami.. Buka je, semerbak bau durian kampung ni.. Makcik senyum sebab tahu saya amik gambar kan.. Hihi sporting..


Jom nikmati durian!


Manis2 lemak2 sedikit pahit isinya.. Ini baru betul durian kampung..


Cendol durian.. 


Pulut durian..

Ok dah habis makan durian, jom kita singgah ke next station..




No comments: