Saturday, August 19, 2017

Terbeli tanpa sengaja || Mangkuk cantik Nayasa


Terbeli tanpa sengaja.. 
Kisahnya tengahari jumaat lepas, saya nak keluar gi beli barang dari office, tiba2 nampak sebuah van yang dalamnya penuh dengan barangan periuk, mangkuk dan macam2 aksesori dapur. Kelihatan juga jiran2 india kedai sebelah pun ada kat van tu.

Huh! Tanpa lengahkan masa, saya cepat2 join diaorg kat van tu tanya jual apa. Al-maklumlah mata perempuan ni tak boleh tengok benda2 cantik macam ni. Alih2 mata dah terberkenan kat set mangkuk ni. Uniknyaaaaaaa... 

Bukan setakat cantik je, tapi mangkuk dalamnya stainless steel, tahan panas sehingga 3-4 jam dan penutup pun kedap. Waduhh ini tak boleh jadi terus saya tanya harga.

Lepas sesi sekali tawar menawar, Dan dan saya pun keluarkan duit terus membayarnya tanpa banyak soal.

Bukan tu je, siap suruh orang yang jual tu tunggu kejap sebab saya panggil semua staffs saya pula keluar cuci mata. Haha.. Ternyata diaorg pun TERBELI TANPA SENGAJA juga 😂😂😂 , tapi tak samalah macam saya punya..


Sedang elok staffs semua tengah memilih nak beli mangkuk yang mana, eh big boss pun sampai! Siap muka berkerut lagi apalah kitaorg buat kat van tu.. Haha

Big Boss pun cakap "beli beli..".. Staffs pun cakap memang berkenan sangat ni, tapi tak bawa duit ni.. 

Sekali dengan sepantas kilatnya boss pun hulurkan duit dan cakap "saya bagi advance".. Wahh ko rasa? Bukan main sukalah mereka. Maka dengan suka hatinya, mereka dapat memiliki mangkuk yang tahan panas makanan sehingga 4 jam tu. 


Bersungguh staffs CocoDamia keluar tengok mangkuk, periuk dan lain2.. Dengan apron2 lagi keluar tuh..


Keliru dah.. Nak beli yang mana.. 


Ni lah macha yang jual periuk2 ni semua. Tak pandai cakap bahasa melayu, tapi boleh faham sikit2. So tu jiran kedai saya lah yang jadi penterjemah bahasa.

Menurut macha tu, barang2 ni tak ada kat Malaysia. Manufacture in Mumbai, India. Nak beli online pun susah juga nih..


Ni lah rupa 4 beradik mangkuk kedap udara dan tahan panas tu. Just nice kapasiti untuk set yang saya beli ni. Sesuai untuk kegunaan harian.


Dah tak ada stok ni. Ni lah last stok yang saya beli. Ramai kawan2 FB saya pun terberkenan tanpa sengaja juga ni. Parah! Parah! Haha..

Kalau ada stoj lagi, saya bagitau uolss ya. Thank you!





No comments: