Monday, September 4, 2017

Mega View Hotel || Sungai Pahang River view

3:30 pagi check-in..
Check-in pun walk in je..
Doa banyak2 agar ada bilik kosong..
Nak book online memang tak dapat sebab baru 3 pagi kan.. Sedangkan kalau check-in kena jam 2 petang ke atas..


Gigih ko snap gambar bilik kul 3:30 pagi.. Kiki.. Tapi serius memang cantik dan moden perabot-perabot dalam bilik ni..


Adoilah Daim.. Orang lain dah sambung balik tidur, dia masih titah-titah explore sana sini..mentang2 lah dia dah cukup tido dalam kereta tadi.. Ibuuuuu juga kena jaga..


Bilik air yang bersih dan moden walaupun tak berapa luas..


Keesokan paginya..
Wahhhh.. What a beautiful sunday morning uolsss.. View dari balkoni bilik kami.. Menghadap sungai Pahang.. Cantik!


Memang banyak lah juga bot lepas satu, satu merentasi sungai Pahang tu.. Ada beberapa bot kecil juga jat jeti Jabatan Laut tu..


Lepas dah siap mandi rehat semua, jom pergi breakfast. Breakfast untuk Aleesya Ayyunie add on 2 children hanya RM30 sahaja.. Yang 2 dewasa memang complimentary..


Sedap mee goreng seafood tu.. Panas2.. Nasi goreng tuna flakes tu pula first time makan.. Sedap juga..


Cafe restaurant yang sangat cozy, selesa dan cantik! Menghadap Sungai Pahang juga. Dekorasi yang diolah macam makan dalam taman... 


Coffee shop yang sesuai untuk santai2 dan lepak2 minum petang. Indah pemandangannya menghadap Sungai Pahang juga..


Ada pintu kecil yang terus menghubungkan ke tebing sungai Pahang ni. 


Kelihatan beberapa org juga yang memancing di tebing Sungai Pahang ni. Masing2 kelihatan puas sebab masing2 dapat hasil ikannya.. 


Daim yang tak habis2 jalan sana jalan sini lari sana lari sini.. 


Tengok apa tu Daim? Nampak ikan tak?


Kalau nak bilik yang ada balcony dan river view, hanya ditingkat 8 dan 9 sahaja.. Jenis bilik kami adalah Executive River View.. Disebabkan kami walk-in check in jam 3:30 pagi,  harga agak mahal berbanding booking via online. Tapi still reasonable iaitu RM190/night. Kalau dalam Agoda RM150 boleh dapat dah..


Sebelum check-out, Daim nak naik kuda dulu..


Cabaran bergambar berdua..
Kalau tak kerana yang tukang ambil gambar buat hal, suami sendiri pula buat muka.. Pasrah je lah... Tapi much better lah dari tak layan kita langsung bergambar kan 😹😹

Dan jam 11 pagi kami pun check-out..


Singgah solat Zohor di Masjid Segamat..
Kemudian late lunch (lebih kurang jam 3 petang) di Restoran Kari Kambing 40 hari. Subhanallah.. Orang makin ramai di restoran tu. Siap ada tambahan khemah lagi di tempat parking kereta. Kalau nak makan dalam dulang, kena sabar beratur lah ya.. Tapi sebab kami dah tak berapa sabar, maka makan dalam pinggan je lah.. Fast lane gitu.. Janji cepat dapat sebab masing2 dah kelaparan dan kepenatan. 

Trafik dari Ayer Hitam- Kulai agak sesak. Lepas Kulai sikit barulah jalan lenang seperti biasa. Alhamdulillah, hampir jam 6 petang kami pun sampai rumah.

Ok cepat2 kemas luggage dan rumah sebab hujung minggu ni kami nak gi honeymoon pula.. Aaamin..













No comments: