Wednesday, November 8, 2017

Esoklah marah


Lately ni Daim suka betul skodeng handbag ibu dan ambil barang make up ibu buat main..
Tengoklah tu..
Semalam ibu tengah kalut2 dah nak keluar sambil cakap dengan phone, terkejut tengok muka, tangan dan seluar dia ada bekas lipmatte..adoii lah...nak cepat puny pasal, ibu sental muka dan tangan Daim dengan wet tisu dan tuala basah, tapi hilangnya sikit je, nasib baik ada kawan2 suggest lap dengan baby oil..fuhh macam tak dapat fikir dengan logik gitu walhal selalu je guna baby oil kan..


Ibu tak kira..
Malam tadi malam penghakiman..
Dah 4 hari ibu tak guna compact powder sebab hilang kat hotel aritu, blusher pun retak seribu, lipmatte pula tinggal suku..


Tapi bila ibu start bebel dan nak marahkan Daim..alamak, dia senyum2 dan sengih2 pula..terus tak jadi marah, esok je lah sambung marah dan bebel...haha

No comments: