Sunday, February 4, 2018

Resepi sambal pauh (mangga muda) ikan


Menu macam ni je pun boleh buat bertambah-tambah makan. Nak² Daim, 3 mangkuk makan bertambah. Ibu pun tambah 2 mangkuk je guna mangkuk sama saiz dengan Daim 😁.

Nasi tu bukan nasi bubur yang berair tu. Tapi nasi lembik. Dimakan dengan sambal pauh ikan, kangkung goreng belacan, telur asin, ikan bilis goreng dan sambal hitam.


Resepi sambal pauh ikan:

1) Mangga muda /pauh ringan disagat halus
2) Ikan selayang bakar dan diambil isinya
3) Cili api
4) Garam & gula
5) Lesung batu wajib ada baru kick sambal.

Tumbuk manja² kesemua bahan diatas kecuali mangga. Kemudian gaul rata bersama mangga. So yummy! 


Kangkung goreng belacan.. 


Telur asin, ikan bilis goreng dan sambal hitam. 

No comments: